(Polis di tempat kejadian berikutan insiden tembakan di Auckland Khamis lalu/ REUTERS)
WELLINGTON, 24 Julai- Lelaki bersenjata yang membunuh dua mangsa semasa tembakan beramai-ramai di Auckland pada hari pembukaan Piala Dunia Wanita membunuh dirinya semasa berbalas tembak, kata polis New Zealand hari ini.
Permulaan kejohanan di Auckland pada Khamis lalu dibayangi apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah tapak bangunan di tepi pantai bandar itu.
Bedah siasat lelaki bersenjata berusia 24 tahun itu menunjukkan dia cedera apabila berbalas tembakan dengan pegawai bersenjata.
Namun Detektif Superintendan Ross McKay mengesahkan "kecederaan mautnya dilakukan sendiriā.
Tambahnya, empat daripada mereka yang cedera dalam tembakan itu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang pegawai yang parah.
(FOTO AFP)
Khamis lalu, berlaku insiden tembakan ke arah tapak bangunan di Auckland menyebabkan dua maut dan enam orang cedera.
Kejadian berlaku berhampiran hotel di mana pasukan Norway dan pasukan bola sepak lain menginap bagi saingan Piala Dunia Wanita FIFA. -AFP