fb fb fb fb fb

Struktur bangunan kedai runtuh di Jilin, China

Sebahagian struktur luar bangunan kedai yang runtuh di bandar Tonghua/ Foto AFP

TONGHUA, 17 Julai - Sebahagian struktur luar bangunan kedai di tingkat bawah bangunan, Komuniti Evergrande Riverside di wilayah Jilin, runtuh secara tiba-tiba, sekitar pukul 1 tengah hari.

Insiden itu melibatkan runtuhan kerangka besi, bata dan konkrit yang jatuh menghempap beberapa kenderaan yang diletakkan di bawah bangunan terbabit.

Menurut laporan awal, sekitar lima hingga enam unit kedai mengalami kerosakan, manakala beberapa buah kereta dilaporkan remuk dan rosak teruk.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.- REUTERS

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI