fb fb fb fb fb

Status reformasi pencen Perancis diputuskan hari ini

(FOTO AFP)

PARIS, 14 April- Mahkamah perlembagaan tertinggi Perancis hari ini dijadual memutuskan sama ada meluluskan reformasi pencen Presiden Emmanuel Macron yang mencetuskan kontroversi dan bantahan awam sejak beberapa bulan lalu.

Sekiranya mendapat kelulusan Majlis Perlembagaan, pemimpin berusia 45 tahun itu berharap untuk menandatangani rang undang-undang berkaitan dengan segera bagi membuka laluan kepada penguatkuasaannya menjelang akhir tahun.

Majlis Perlembagaan Perancis yang dianggotai sembilan ahli akan memutuskan sama ada undang-undang itu selaras dengan perlembagaan.

Pada masa ini, mereka terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita.

Tiga ahli dinamakan oleh presiden, tiga lagi oleh speaker Dewan Rakyat Dewan Rakyat dan tiga terakhir oleh presiden Dewan Negara.

Keanggotaan mereka sah bagi penggal sembilan tahun yang tidak boleh diperbaharu, dan tiga ahli baharu dinamakan setiap tiga tahun.

Majlis itu dijangka memutuskan untuk meluluskan sebahagian, menerima sepenuhnya atau menolak reformasi pencen utama Macron, termasuk meningkatkan had umur persaraan wajib daripada 62 kepada 64 tahun.

Ahli parlimen berhaluan kiri dan bebas yang menentang keras rancangan itu, berharap Majlis Pelembagaan akan meluluskan tawaran untuk menganjurkan referendum mengenai undang-undang alternatif yang mengehadkan umur persaraan kepada 62 tahun.

Keputusan majlis akan mengikat dari segi undang-undang. -AFP

(Polis mengawal penunjuk perasaan di Place de la Bastille/AFP)

Media Baharu