MYRNOHRAD, 13 November - Ukraine dan Rusia mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung pertempuran di sekitar bandar Myrnohrad, yang terletak di timur Pokrovsk dan kini hampir dikepung sepenuhnya oleh tentera Rusia.
Pokrovsk menjadi antara sasaran utama dalam gerakan tentera Moscow untuk menawan wilayah Donetsk, dengan pertempuran dilaporkan semakin memuncak di kawasan sekitar Myrnohrad.
Menerusi perkongsian di Facebook, tentera Ukraine memaklumkan pihaknya telah menghantar bekalan ke Myrnohrad serta melakukan pertukaran anggota, termasuk mereka yang cedera dalam pertempuran.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia menerusi aplikasi Telegram mendakwa tenteranya sedang mara ke arah bandar berkenaan dan telah mencapai kemajuan di dua daerah dalam Myrnohrad. -REUTERS