JEPUN, 31 Mei - Jepun dikejutkan dengan bunyi siren pada Rabu, selepas pelancaran satelit di Korea Utara.
Video orang ramai menunjukkan bunyi siren itu kedengaran di jalan-jalan dan bangunan-bangunan sekitarnya.
Amaran kecemasan dikeluarkan berhubung sistem penyiaran J-Alert kepada penduduk wilayah selatan Okinawa awal pagi Rabu.
Kerajaan Jepun memberi amaran kepada penduduk supaya berlindung di dalam rumah jika mereka berada di luar.
(FOTO REUTERS)
Ia kemudian berkata peluru berpandu itu tidak akan berada di udara wilayah Jepun dan membatalkan amaran itu.
Siren bermula di Seoul pada pukul 6:32 pagi waktu tempayan selepas bandar itu mengeluarkan "Makluman Presiden" meminta rakyat bersiap sedia kemungkinan pemindahan.
Beberapa minit kemudian, amaran supaya penduduk kekal di lokasi masing-masing sekurang-kurangnya 10 minit, dikeluarkan.
"Saya agak keliru dengan mesej amaran pagi ini. Tetapi saya tidak begitu risau kerana Korea Utara pernah melakukan perkara ini. Saya lebih berharap mesej amaran itu akan mempunyai maklumat yang lebih tepat. Jika mereka menghantar mesej amaran lain pada masa hadapan , ia sepatutnya lebih baik dalam beri arahan," kata penduduk, Lee Gil-won.