fb fb fb fb fb

Seorang penumpang Singapore Airlines ditahan, selepas ancaman bom palsu

SINGAPURA, 28 September - Singapura bertindak segera menyediakan jet pejuang untuk mengiringi sebuah penerbangan pada Rabu, selepas seorang penumpang mendakwa dia membawa bom dalam bagasinya dan menyerang anak kapal, kata polis dalam satu kenyataan.

Polis dimaklumkan mengenai ancaman bom pada penerbangan Singapore Airlines SQ33 dari San Francisco kira-kira pukul 2.40 pagi Rabu, kata kenyataan itu.

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira tiga jam kemudian, diiringi jet pejuang.

"Siasatan awal mendapati seorang penumpang lelaki berusia 37 tahun dikatakan, mendakwa dirinya ada bom dalam beg tangan, dan telah menyerang anak kapal," kata polis menerusi satu kenyataan.

(FOTO REUTERS)

Lelaki itu telah dihalang oleh anak kapal dan kemudiannya ditangkap kerana membuat ugutan palsu disyaki mengambil dadah.

"Singapore Airlines mengesahkan bahawa seorang penumpang didakwa melanggar seorang anak kapal kabin dan membuat ancaman bom dalam penerbangan SQ33," kata jurucakap syarikat penerbangan itu.

Penumpang dan anak kapal turun seperti biasa selepas pemeriksaan keselamatan pesawat selesai, tambah mereka.

Menerusi facebook, Kementerian Pertahanan Singapura berkata, jet pejuang F-16 yang mengiringi pesawat itu ke Lapangan Terbang Changi, serta skuad bom tentera dan polis lapangan terbang menyatakan bahawa dakwaan itu adalah palsu..- AFP

Media Baharu