fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak APEC: Lee Jae Myung tekad tangani isu AI, demografi

Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung/REUTERS

SEOUL, 1 November – Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan negara-negara Asia-Pasifik dalam menangani cabaran berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan perubahan demografi pada Sidang Kemuncak tahunan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang berlangsung pada Sabtu.

Sidang berprestij itu turut disertai Presiden China, Xi Jinping dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent yang membincangkan pendekatan bagi menangani perkembangan pesat AI serta kesan perubahan demografi, termasuk penuaan populasi dan kadar kelahiran yang semakin menurun.

Blok APEC kini merangkumi 50 peratus perdagangan global dan menyumbang 61 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.

Lee turut memaklumkan Korea Selatan telah mengemukakan satu rangka kerja serantau bagi membantu negara-negara anggota APEC bersama-sama menghadapi apa yang beliau gelar sebagai “krisis demografi” yang semakin mendesak. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN