JEDDAH, 20 Mac- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken tiba di Arab Saudi hari ini bagi membincangkan usaha mendapatkan gencatan senjata di Gaza dan meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah Palestin.
Menurut seorang wartawan AFP yang turut serta, diplomat tertinggi AS itu akan bertemu Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman.
Arab Saudi adalah persinggahan pertama dalam jelajah Timur Tengah keenam Blinken sejak perang Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober.
Beliau dijadual turut melawat Israel pada Jumaat ini `bagi membincangkan mengenai pembebasan semua tebusan' dan usaha menghantar bantuan ke Gaza. -AFP