fb fb fb fb fb

Setiausaha Agung PLO kecam serangan Israel di Tebing Barat

Foto AFP

RAMALLAH, 28 Ogos- Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein al-Sheikh mengecam pencerobohan Israel yang berterusan di Tebing Barat yang diduduki dan Gaza.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, beliau menekankan keperluan untuk tindakan segera oleh masyarakat antarabangsa bagi menghentikan jenayah perang, pencerobohan dan melindungi rakyat Palestin di Tebing Barat dan menamatkan perang di Gaza.

Beliau juga memberi amaran tentang akibat pencerobohan pendudukan di Tebing Barat dan peperangan di Gaza.

Sementara itu, Presiden Mahmoud Abbas telah memutuskan untuk memendekkan lawatannya ke Arab Saudi memandangkan operasi ketenteraan Israel terhadap rakyat Palestin di kem utara Tebing Barat.

Mahmoud Abbas sedang berusaha menghentikan pencerobohan di Tebing Barat dan Gaza. Beliau juga menggesa semua pihak berkuasa untuk bertindak segera dan membantu keperluan rakyat Palestin.

ROSLINA BINTI DIN