fb fb fb fb fb

Serangan udara terbesar Rusia musnahkan kawasan perumahan

Foto REUTERS

KYIV, 25 Mei – Sebuah kawasan perumahan di perkampungan berhampiran ibu kota Ukraine, Kyiv, musnah sepenuhnya dalam serangan udara berskala besar oleh Rusia, yang turut mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang pada Ahad.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan Negeri Wilayah Kyiv, berpuluh-puluh lagi turut cedera.

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian dilaporkan bergelut memadamkan kebakaran dan terpaksa berlindung di dalam bangunan ketika letupan susulan kedengaran.

Serangan tersebut merupakan yang terbesar dari segi jumlah senjata yang digunakan.

Serangan ini berlaku ketika kedua-dua negara dijadualkan mengadakan proses pertukaran tawanan yang menyaksikan 1,000 orang dari setiap pihak akan ditukar sebagai sebahagian daripada perjanjian kemanusiaan antara Ukraine dan Rusia.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menggesa Amerika Syarikat supaya bersikap lebih tegas terhadap Rusia dan Presidennya, Vladimir Putin, terutama selepas Presiden Donald Trump dilihat mengambil pendekatan berlembut terhadap Kremlin sejak mengambil alih jawatan. - REUTERS

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN