fb fb fb fb fb

Banjir ganggu trafik di New Delhi

Foto Reuters

NEW DELHI, 25 Mei 2025 – Hujan lebat sepanjang malam telah mengakibatkan banjir di ibu negara India, New Delhi pada pagi Ahad.

Keadaan ini telah menjejaskan lalu lintas apabila beberapa kenderaan dilaporkan tenggelam di beberapa jalan-jalan utama.

Penduduk tempatan menyalahkan sistem saliran yang tidak efisien sebagai punca utama masalah tersebut kerana aspek kebersihan dan penyelenggaraan infrastruktur awam.

"Ini bukan kali pertama. Setiap kali hujan lebat, keadaan menjadi teruk kerana sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik," ujar seorang penduduk.

India, yang mempunyai populasi lebih 1.4 bilion orang, bergantung kepada taburan hujan, bagi menyokong sektor pertanian yang menjadi sumber pendapatan utama sebahagian besar rakyatnya.

Namun, hujan berlebihan sering kali membawa risiko banjir dan banjir genang terutamanya di kawasan bandar yang mempunyai sistem perparitan yang lemah. - REUTERS

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN