fb fb fb fb fb

Serangan udara Israel: Sekolah di Beirut ditutup hingga Disember 2024

FOTO AFP

BEIRUT, 25 November- Semua sesi pembelajaran secara bersemuka di Beirut digantung sehingga hujung tahun ini.

Pengumuman itu dibuat Kementerian Pendidikan Lubnan susulan kebimbangan berhubung tahap keselamatan pelajar ekoran siri serangan udara rejim zionis, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Abbas Halabi berkata arahan itu berkuat kuasa hari ini melibatkan pelajar sekolah, institusi teknikal dan institusi pendidikan tinggi swasta.

"penggantungan pengajaran secara bersemuka di sekolah, institut teknikal dan institusi pengajian tinggi swasta di Beirut dan sebahagian daerah jiran Metn, Baabda dan Shouf berkuat kuasa hari ini bagi memastikan keselamatan pelajar dan ibu bapa, berikutan keadaan berbahaya semasa," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata institusi pendidikan swasta juga perlu menyediakan kelas secara dalam talian sebagai pilihan pelajar sehingga akhir Disember ini.

Trainee