GAZA, 25 Disember- Pada pengebumian sekurang-kurangnya 70 mayat yang dibalut kain kafan putih rakyat Palestin beratur menyentuh jenazah. Menurut pegawai kesihatan Palestin mereka terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan Maghazi.
Seorang lelaki dilihat memeluk tubuh seorang kanak-kanak yang maut, suasan pilu melihat kesemua korban oleh rejim zionis.
"Dinding dan langsir jatuh menimpa kami," kata seorang lelaki. "Saya cuba mendapatkan anak saya yang berusia empat tahun, namun apa yang saya temui hanyalah batu."
Media Palestin berkata Israel meningkatkan serangan udara dan darat di tengah Gaza ketika Hamas menghentikan serangan beberapa jam sebelum tengah malam pada Ahad.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf Al-Qidra berkata, ramai wanita dan kanak-kanak yang terbunuh di Maghazi. Lapan yang lain terbunuh ketika pesawat dan kereta kebal Israel melakukan berpuluh-puluh serangan udara ke atas rumah dan jalan raya berhampiran al-Bureij dan al-Nusseirat, kata pegawai kesihatan.
Pakar perubatan berkata serangan udara Israel di Khan Younis di selatan Gaza membunuh 23 individu, menjadikan jumlah kematian rakyat Palestin kepada lebih 100 orang.
Beberapa penduduk membuat rayuan di media sosial supaya orang ramai memberi mereka tempat tinggal kerana mereka menjadi gelandangan selepas meninggalkan rumah mereka di Bureij.
"Saya mempunyai 60 orang di dalam rumah, semua yang tiba di rumah saya percaya kawasan tengah Gaza selamat. Sekarang kami sedang mencari tempat untuk berpindah ke tempat lebih selamat," kata Odeh, seorang penduduk kem pelarian.- REUTERS