fb fb fb fb fb

Rusia pindahkan Navalny ke penjara Artik

Alexei Navalny dalam satu telesidang video perbicaraan mahkamah/REUTERS

MOSCOW, 25 Disember- Ahli politik pembangkang Rusia yang dipenjarakan, Alexei Navalny dipindahkan ke penjara di wilayah Artik di utara Rusia, kata jurucakapnya pada Isnin.

Perkara itu diberitahu selepas penyokong terputus hubungan dengannya selama lebih dua minggu.

Navalny menuju ke penjara IK-3 di Kharp di wilayah Yamal-Nenets, kira-kira 1,900 kilometer timur laut Moscow, kata jurucakap Kira Yarmysh.

Peguam Navalny berjaya menemuinya pada Isnin, kata Yarmysh.

Sekutu Navalny, bersiap sedia untuk pemindahannya ke koloni "rejim khas", gred paling keras dalam sistem penjara Rusia. Navany tidak pernah bertemu dengan peguamnya sejak 6 Disember lalu dan menimbulkan kebimbangan mengenai keadaannya.

"Terima kasih banyak kepada penyokong, aktivis, wartawan serta media yang prihatin dengan nasib Alexei dan yang tidak jemu menulis tentang situasi itu," kata peguam Navalny, Ivan Zhdanov.

Zhdanov berkata penyokongnya menghantar 618 permohonan untuk mendapatkan maklumat berkenaan lokasi Navalny, yang telah ditahan di koloni penjara di timur Moscow.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI