fb fb fb fb fb

Serangan sekolah Gaza: 20 maut termasuk wanita, kanak-kanak

Foto REUTERS

GAZA, 26 Mei- Sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza.

Menurut petugas perubatan, serangan di sekolah yang terletak di kawasan Daraj, Gaza itu turut mengorbankan wanita dan kanak-kanak.

Beberapa mayat dilaporkan rentung berdasarkan imej yang tular di media sosial.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan bahawa Israel akan terus menguasai keseluruhan Gaza biarpun berdepan tekanan antarabangsa agar membuka sekatan bantuan kemanusiaan.

Pejabat Media Gaza memaklumkan Israel kini menguasai kira-kira 77 peratus wilayah itu melalui operasi darat, arahan pemindahan dan pengeboman yang menghalang penduduk daripada kembali ke kediaman masing-masing.– REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM