SUMY, 22 Oktober - Petugas kecemasan dikerahkan ke lokasi serangan bom Rusia di wilayah Sumy, Ukraine pada Selasa susulan serangan yang menyasarkan kawasan timur laut negara itu.
Menerusi rakaman video yang dikeluarkan Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine di wilayah Sumy, petugas kecemasan dilihat memeriksa kenderaan dan bahagian bangunan yang rosak, termasuk tingkap yang pecah akibat letupan.
Menurut pihak berkuasa tempatan, sembilan individu dilaporkan cedera dalam serangan tersebut. Tarikh kejadian turut disahkan melalui laporan pihak kerajaan dan perkhidmatan kecemasan.
Serangan Rusia pada Selasa itu turut meragut empat nyawa dan menyebabkan ratusan ribu penduduk terputus bekalan elektrik selain menjejaskan bekalan air di wilayah Chernihiv, Ukraine.- REUTERS