fb fb fb fb fb

Serangan peluru berpandu di Bandar Erbil, utara Iraq

BAGHDAD, 8 April - Tiga peluru berpandu jatuh berhampiran kilang minyak di bandar Erbil utara Iraq, lokasi dikuasai puak Kurdish.

Dalam satu laporan, ia dipercayai dilancarkan dari wilayah Nineveh menyasarkan penempatan yang majoriti didiami rakyat Amerika Syarikat (AS) dan sekutu.

(Serangan di bandar Erbil)

Menurut sumber, kilang penapisan tersebut dimiliki ahli perniagaan Kurdish Iraq, Baz Karim Barzanji, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tenaga domestik utama bernama KAR Group.

Bulan lalu kediaman beliau turut menjadi sasaran namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Iran sering menyerang kota Erbil dengan puluhan peluru berpandu balistik dalam siri serangan yang belum pernah berlaku di ibu kota wilayah autonomi Kurdish Iraq itu. -AP

Media Baharu