fb fb fb fb fb

Sydney dilanda banjir

SYDNEY, 8 April - Hujan lebat di Sydney menyebabkan berlakunya banjir.

Malah ribuan penduduk di bahagian selatan dan barat daya bandar berkenaan terjejas selepas air sungai melimpah.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Pertkhidmatan Kecemasan New South Wales-NSW, Daniel Austin, pihaknya mendapati taburan hujan yang lebat itu boleh menyebabkan banjir besar.

Amaran banjir telah dikeluarkan di beberapa kawasan di Sydney.

Manakala penduduk di kawasan lain diminta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir kilat.

(Penduduk Sydney diminta berjaga-jaga susulan banjir/FOTO FAIL)

Untuk itu penduduk telah diminta berjaga-jaga dengan perkembangan berkenaan.

Menurut penduduk dia menyaksikan air sungai naik secara mendadak.

Pihak kecemasan NSW turut menerima lebih 680 panggilan yang meminta bantuan.

Sebahagian besar kawasan pesisir timur Australia tidak menerima hujan sejak beberapa bulan malah penduduk baru sahaja pulih akibat banjir yang berlaku pada Mac lepas.

Keadaan cuaca yang tidak menentu akibat perubahan iklim telah membangkitkan pelbagai persoalan berhubung tahap persediaan Australia dalam mendepani bencana alam.- AP

Media Baharu