fb fb fb fb fb

Serangan Pakistan-India, penduduk Jammu ketakutan

Keadaan di sekitar Jammu/ Reuters

JAMMU, 9 Mei- Letupan kedengaran di seluruh bandar Jammu pada Khamis berikutan serangan dron dan peluru berpandu rentas sempadan antara India dan Pakistan.

Serangan berkenaan turut mengenai stesen tentera di sekitar wilayah Kashmir.

Penduduk tempatan di Jammu turut terkesan berikutan pertempuran bersenjata antara kedua-dua negara itu.

Penduduk tempatan, Mohammaed Hafeez Sheikh berkata, setiap serangan tersebut dirasai di kawasan sekitar.

"Kami sangat ketakutan. Setiap kali peluru disasarkan, seluruh rumah turut bergegar. Saya bersyukur masih ada individu yang terselamat.

"Kami juga kerugian berikutan serangan itu, namun ia memerlukan pemulihan. Bagaimanapun, saya ingin memberitahu kerajaan Pakistan supaya mengelak daripada menghasut militan berulang kali, dan menyasarkan serta membunuh orang awam," katanya.

Sementara itu Setiausaha Luar India, Vikram Misri berkata, sekurang-kurangnya tiga individu terbunuh dalam serangan di Poonch.

"Pakistan melancarkan serangan bersasar ke atas komuniti Sikh di negeri Jammu dan Kashmir.

"Serangan di Poonch menyebabkan sekurang-kurangnya tiga individu terbunuh dalam serangan itu," katanya.

Peningkatan serangan antara Pakistan dan India menyebabkan siren amaran terus dibunyikan demi memastikan keselamatan awam.

Menurut penduduk tempatan, kedua-dua negara terus berbalas serangan kira-kira dua jam.

Diaggarkan lebih 40 individu awam maut dalam dua hari pertempuran antara India dan Pakistan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI