fb fb fb fb fb

India arah X sekat lebih 8,000 akaun

Foto hiasan/ Reuters

WASHINGTON, 9 Mei- India mengarahkan X untuk menyekat lebih daripada 8,000 akaun.

Platform media sosial berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu sebahagian daripada tindakan keras India berikutan ketegangan negara itu dengan Pakistan.

Tindakan keras itu menyasarkan akaun media sosial ahli politik, selebriti dan organisasi media Pakistan.

Perintah itu, termasuk tuntutan untuk menyekat organisasi berita antarabangsa dan pengguna terkemuka lain, sehari selepas Meta mengharamkan halaman berita Instagram Muslim di India.

"X menerima arahan eksekutif daripada kerajaan India yang menghendaki X menyekat lebih 8,000 akaun di India.

"Tertakluk kepada potensi penalti termasuk denda yang besar dan pemenjaraan pekerja tempatan syarikat itu," menurut kenyataan itu.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI