ISLAMABAD, 9 Mei- Sekurang-kurangnya 48 individu terbunuh di kedua-dua sempadan Pakistan dan India dalam keganasan yang semakin meningkat.
Kedua-dua negara menuduh antara satu sama lain berikutan melakukan gelombang serangan dron.
Susulan itu media India telah menyekat akaun X ahli politik Pakistan Bilawal Bhutto Zardari dan bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan.
India juga telah mengharamkan lebih daripada 12 saluran YouTube Pakistan kerana didakwa menyebarkan kandungan "provokatif", termasuk saluran berita Pakistan.
Pelakon filem Bollywood dari Pakistan, Fawad Khan dan Atif Aslam juga tidak dibenarkan di India.
Selain itu beberapa pemain kriket Pakistan juga disekat -- termasuk pemukul bintang Babar Azam dan Mohammad Rizwan serta pemain bersara Shahid Afridi dan Wasim Akram.
Penyekatan media sosial itu berikutan penyebaran maklumat dalam kalangan pengguna yang semakin meningkat.
Ada juga pengguna media sosial yang menyebarkan video palsu, imej lapuk daripada konflik tidak berkaitan kemudian mengaitkannya dengan pertempuran yang berlaku antara Pakistan dan India.
Dalam pada itu platform media sosial X tidak boleh mendedahkan perintah eksekutif India kepada umum.
Namun platform media sosial berkenaan menggalakkan pengguna terjejas untuk mendapatkan "pelepasan sewajarnya daripada mahkamah."