fb fb fb fb fb

AS singkir anggota transeksual daripada tentera mulai Jun

Foto REUTERS

WASHINGTON,9 Mei- Tentera Amerika Syarikat (AS) akan memulakan proses segera menyingkirkan kira-kira 1,000 anggota transeksual yang tidak berundur secara sukarela menjelang awal Jun.

Menurut kenyataan Pentagon pada Khamis, perintah eksekutif Presiden Donald Trump pada Januari lalu mengharamkan perkhidmatan tentera oleh individu transeksual, dan Mahkamah Agung AS membenarkan larangan itu dikuatkuasakan sementara proses perundangan berjalan.

Pentagon menyatakan anggota yang tidak berundur menjelang 6 Jun (tentera aktif) dan 7 Jun (simpanan) akan disingkirkan secara paksa.

Memo turut menyebut pengecualian hanya akan dipertimbang secara kes demi kes.

Dasar itu mencerminkan perubahan pendirian kerajaan AS, dengan pentadbiran demokrat sebelum ini membenarkan khidmat terbuka oleh anggota transeksual - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM