KHARTOUM, 9 Mei- Dua kanak-kanak perempuan terbunuh dalam serangan dron yang berlaku di Omdurman, sebahagian dari ibu kota Sudan, Khartoum, pada Khamis.
Menurut badan amal perubatan, Doctors Without Borders, serangan itu berlaku di kawasan bandar yang dikuasai oleh tentera Sudan.
"Serangan berkenaan mengakibatkan kecederaan serius.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital tempatan, Al-Nao," menurut kenyataan tersebut.- AFP