VATICAN CITY, 9 Mei - Paus Leo XIV dipilih sebagai pemimpin baharu Gereja Katolik pada Khamis (8 Mei).
Pemilihan Kardinal Robert Prevost, seorang paderi terkemuka dari Chicago, adalah sesuatu yang mengejutkan dan menjadi paus Amerika Syarikat (AS) yang pertama.
Prevost, 69 dan berasal dari Chicago, telah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya sebagai mubaligh di Peru dan mempunyai dua kewarganegaraan Peru.
Beliau yang hanya menjadi kardinal pada 2023, telah memberikan beberapa temuramah media dan jarang bercakap di khalayak ramai.
Prevost menjadi paus Katolik ke-267, selepas kematian Paus Francis bulan lalu, yang merupakan paus Amerika Latin pertama dan telah memimpin Gereja selama 12 tahun.
Sejurus pelantikannya, beliau membuat kemunculan di balkoni yang menghadap Dataran St. Peter dan menyampaikan ucapan sulung kepada orang ramai.- AFP