TEHRAN, 29 Jun - Serangan Israel ke atas penjara Evin semasa perang 12 hari lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 71 orang secara keseluruhan.
Menurut badan kehakiman Iran, serangan turut memusnahkan bangunan pentadbiran dan sebahagian besar kompleks tersebut.
“Berdasarkan angka rasmi, 71 orang terbunuh dalam serangan ke atas penjara itu,” kata jurucakap badan kehakiman, Asghar Jahangir.
Jelas beliau, mangsa di Evin termasuk kakitangan pentadbiran, pengawal, banduan dan saudara mara yang melawat serta penduduk yang tinggal berhampiran.
Tambah Jahangir, tentera Zionis turut menyasarkan pusat perubatan dan bilik lawatan penjara berkenaan.
Berikutan itu, pihak berkuasa penjara telah memindahkan banduan keluar dari penjara Evin, termasuk beberapa warga Perancis dan warga asing lain. - AFP