fb fb fb fb fb

Serangan Israel gegar Tehran, selepas Trump umum gencatan senjata

Foto AFP

TEHRAN, 25 Jun- Beberapa letupan kuat dan aktiviti pertahanan udara dilaporkan berlaku di sekitar ibu negara Iran pada awal pagi Selasa, beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Israel dan Iran telah bersetuju untuk gencatan senjata sepenuhnya bagi menamatkan konflik yang dinamakan sebagai "Perang 12 Hari".

Laporan media mengesahkan bahawa sistem pertahanan udara Iran diaktifkan di beberapa kawasan utama di Tehran sebagai tindak balas. Penduduk melaporkan mendengar beberapa letupan kuat sepanjang malam.

“Walaupun Presiden Trump telah mengumumkan gencatan senjata, kami masih menyaksikan aktiviti serangan udara dan mendengar letupan-letupan di seluruh Tehran,” koresponden China Media Group (CMG) di Tehran, Husein Nematza.

Ketegangan itu berlaku sejurus selepas Trump, menerusi platform Truth Social, mengumumkan syarat bagi gencatan senjata sepenuhnya dan menyeluruh.

Menurut Trump, Iran akan menghentikan serangan terlebih dahulu, diikuti oleh Israel 12 jam kemudian, dengan pengisytiharan rasmi tamat perang selepas 24 jam.

Trump menyifatkan perjanjian itu sebagai kejayaan besar yang mungkin telah menyelamatkan Asia Barat daripada kemusnahan bertahun-tahun.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN