fb fb fb fb fb

Serangan Israel di sempadan Lubnan akibatkan dua orang terbunuh

FOTO AFP

BEIRUT, 3 Jun- Media rasmi Lubnan berkata serangan Israel ke atas kereta dan motosikal di selatan negara itu mengakibatkan dua orang terbunuh pada Isnin, dengan pertempuran rentas sempadan semakin sengit sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Kumpulan Hezboullah bertempur dengan dengan Israel hampir setiap hari sejak perang di Semenanjung Gaza meletus, Oktober tahun lalu.

“Serangan dron musuh menyasarkan sebuah motosikal di Naqura,” sebuah bandar pantai berhampiran sempadan Israel, kata Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan.

Dalam serangan lain, "drone musuh menyasarkan sebuah kereta" berhampiran perkampungan selatan Zrariyeh, "membunuh seorang", kata NNA, juga melaporkan serangan Israel di timur negara itu.

Hezbollah berkata ia melancarkan "skuadron dron sarat bahan letupan" di kedudukan tentera Israel di utara "sebagai tindak balas kepada pembunuhan yang dilakukan oleh musuh Israel petang tadi di kawasan Zrariyeh".

Israel sebelum ini menyasarkan kumpulan Hezbollah serta sekutu Palestin dan Lubnan dalam kereta dan motosikal.

Keganasan berlaku ketika pemangku menteri luar Iran Ali Bagheri melawat Lubnan, di mana beliau dijangka bertemu pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah.

Iran menyokong beberapa kumpulan bersenjata di rantau itu termasuk gerakan Syiah Hezbollah dan Hamas.

Pada Ahad, Hezbullah berkata pejuangnya telah mengebom dua kedudukan tentera di Bukit Golan selepas serangan maut Israel di selatan Lubnan,membunuh dua gembala.

Hampir lapan bulan keganasan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 453 orang terbunuh di Lubnan, kebanyakannya ahli kumpulan Hezbollah termasuk 88 orang awam, menurut pengiraan AFP.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE