fb fb fb fb fb

Serangan Israel di kem perlindungan Nuseirat, 17 orang maut

Foto AFP

GAZA, 7 Disember- Seramai 17 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di kem perlindungan Nuseirat, tengah Gaza.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam, Mahmud Bassal, berkata serangan yang meragut nyawa 17 orang itu berlaku pada waktu petang.

Sumber perubatan di hospital Al-Awda memberitahu 14 mayat telah dibawa ke kemudahan itu dari kem tersebut.

Tambah Mahmud, hospital berdekatan telah menerima 39 orang yang cedera dan operasi menyelamat masih dijalankan di lokasi serangan yang turut merosakkan beberapa rumah berdekatan.

Tentera Israel tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung insiden itu.

Operasi ketenteraan Israel di Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya 44,612 orang terkorban, kebanyakannya orang awam, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di wilayah tersebut.- AFP

ROSLINA BINTI DIN