fb fb fb fb fb

Serangan Israel di Damsyik, seorang terbunuh, 18 cedera

Bangunan Kementerian Pertahanan Syria yang musnah diserang tentera Israel/Foto AFP

DAMSYIK, 16 Julai - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala 18 cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan ibu pejabat tentera dan Kementerian Pertahanan Syria di Damsyik, pada Rabu.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Syria dalam satu kenyataan.

Menurut laporan wartawan AFP di lokasi, serangan berkenaan turut memusnahkan sebahagian daripada sebuah bangunan empat tingkat yang terletak bersebelahan dengan kementerian tersebut.

Dataran Umayyad, kawasan yang sibuk dan terletak berhampiran lokasi serangan, dilaporkan lengang sejurus kejadian, hanya kelihatan ambulans dan kenderaan tentera berada di sekitar kawasan.-AFP

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI