fb fb fb fb fb

20 orang terbunuh susulan tembakan Israel di pusat bantuan selatan Gaza

875 orang terbunuh di Gaza semasa mendapatkan makanan / foto AFP

GAZA, 17 Julai - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh akibat rempuhan di pusat bantuan selatan Gaza berikutan panik susulan tembakan Israel terhadap orang ramai di kawasan itu.

Rakaman menunjukkan mayat dan mangsa yang cedera berlumuran darah dibawa ke hospital berdekatan di bandar Khan Yunis.

Yayasan Kemanusiaan Gaza mengakui tragedi itu berlaku di salah satu tapak pengagihan bantuan.

Sejak beberapa minggu lalu, hampir setiap hari rakyat Palestin dibunuh ketika sedang menunggu untuk mengambil makanan.

Abdullah Alian, seorang saksi berkata kekacauan berlaku apabila orang ramai yang ssedang menunggu bantuan diserang oleh rejim Zionis.

Kematian terus berlaku ketika rundingan antara Israel dan kumpulan Hamas di Qatar sedang berlangsung yang bertujuan untuk memeterai perjanjian gencatan senjata selama 60 hari.

Pada Selasa, PBB menyatakan telah merekodkan 875 orang terbunuh di Gaza semasa mendapatkan makanan sejak akhir Mei lalu.

Sejak perang tercetus pada 7 Oktober 2023, seramai 58,573 rakyat Palestin terbunuh kebanyakannya adalah orang awam di Gaza. - AFP

HASRON BIN HASSAN