fb fb fb fb fb

Lebih 350 orang terbunuh dalam keganasan di selatan Syria

165 anggota tentera kerajaan dan 18 pejuang Badwi juga terbunuh / foto AFP

SYRIA, 17 Julai - Lebih 350 orang terbunuh dalam tempoh beberapa hari akibat keganasan di wilayah Sweida, selatan Syria.

Selepas gencatan senjata semalam, pasukan tentera kerajaan memasuki bandar Sweida yang dihuni majoriti komuniti Druze susulan pertempuran berdarah dengan suku Badwi.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, sejak pertempuran meletus pada Ahad, seramai 69 militan Druze telah terbunuh serta 40 orang awam maut.

Pemantau yang berpangkalan di Britain itu menyatakan, seramai 165 anggota tentera kerajaan dan 18 pejuang Badwi juga terbunuh dalam keganasan tersebut.

Sementara itu, 10 anggota pasukan keselamatan turut terbunuh dalam serangan Israel di kawasan tersebut.

Israel telah berulang kali menyatakan sokongan terhadap kumpulan Druze di Syria daripada diserang sejak pemimpin Bashar al-Assad digulingkan.

Pada Selasa, pasukan kerajaan Syria memasuki bandar Sweida yang majoritinya kumpulan Druze dengan tujuan untuk mengawasi gencatan senjata. - AFP

HASRON BIN HASSAN