fb fb fb fb fb

Serangan dron Ukraine musnahkan depoh peluru Rusia di wilayah Donetsk

Foto Fail Reuters

KIEV, 16 Disember – Sebuah depoh peluru Rusia berhampiran kampung Markine di wilayah Donetsk yang diduduki Rusia musnah dalam serangan dron Ukraine, menurut sumber dalam perkhidmatan keselamatan negara Ukraine (SBU) pada Isnin.

Depoh itu menyimpan ribuan peluru untuk kenderaan perisai dan kereta kebal, peluru berpandu anti-kereta kebal, periuk api dan bom tangan, serta berjuta-juta peluru untuk senjata pelbagai kaliber.

Selain itu, serangan tersebut turut memusnahkan kemudahan penyimpanan bahan api berdekatan.

Serangan itu berlaku ketika perang berskala penuh memasuki bulan ke-34, dengan Rusia terus melakukan pergerakan sedikit demi sedikit di timur Ukraine.

Pertempuran sengit dilaporkan berlaku di hadapan Kurakhove dan Pokrovsk di wilayah Donetsk.

Ukraine kini bergantung pada dron jarak jauh untuk merosakkan sasaran strategik dan ketenteraan Rusia jauh dari garis hadapan, termasuk serangan ke atas depoh peluru dan kemudahan minyak.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN