fb fb fb fb fb

Serangan dron Rusia di Kharkiv, lapan cedera, ragut nyawa

Foto REUTERS

KHARKIV, 28 Mei - Seorang terbunuh manakala lapan lagi cedera selepas penempatan di wilayah Kharkiv diserang dron oleh Rusia pada malam Selasa hingga Rabu, menurut kenyataan perkhidmatan kecemasan Ukraine.

Serangan dron tersebut telah menyebabkan kebakaran di sebuah gudang yang terletak di sebuah penempatan di selatan ibu kota wilayah itu namun pasukan bomba telah berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

Agensi berita Reuters berjaya mengesahkan lokasi insiden berdasarkan reka bentuk, warna dan bentuk bangunan yang sepadan dengan imej satelit serta fail arkib kawasan itu namun tarikh sebenar rakaman video tidak dapat disahkan secara bebas oleh Reuters.

Serangan terbaharu ini menambah siri ketegangan dan insiden keganasan yang terus berlaku di timur Ukraine dengan Kharkiv sering menjadi sasaran utama serangan udara oleh pasukan Rusia.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE