BEIJING, 28 Mei - China telah menggesa Amerika Syarikat untuk melindungi hak pelajar antarabangsa selepas Menteri Luar Negeri, Marco Rubio mengarahkan penangguhan pemprosesan visa pelajar sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap universiti-universiti di negara itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning menegaskan kepentingan untuk menjaga "hak dan kepentingan sah" pelajar antarabangsa, terutamanya dari China.
Kenyataan tersebut timbul berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kesan dasar AS terhadap pertukaran pendidikan dan mobiliti pelajar antarabangsa. - AFP