fb fb fb fb fb

Serangan di Burkina Faso ragut puluhan nyawa

Foto Hiasan / RTM

ABIDJAN, 26 Ogos- Puluhan orang awam telah terbunuh dalam serangan pengganas di Burkina Faso pada Sabtu lalu.

Menurut penduduk tempatan, serangan tersebut dilakukan kumpulan lelaki bersenjata di Kampung Barsalogho.

"Kumpulan pengganas menyerang Kampung Barsalogho, membunuh ramai orang awam dan anggota keselamatan," kata seorang penduduk tempatan kepada AFP melalui panggilan telefon.

Sumber keselamatan berkata kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital di ibu kota Kaya.

Tindakan pantas pasukan tentera berjaya mengawal keadaan itu sebelum lebih teruk.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM