fb fb fb fb fb

Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud landa Tonga

Foto USGS

TONGA, 26 Ogos- Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud menggegarkan 72 kilometer (km) barat Pangai, Tonga, hari ini ketika pemimpin-pemimpin asing berkumpul untuk sidang kemuncak serantau.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berkenaan tidak mencetuskan amaran tsunami.

"Pusat gempa dengan kedalaman 106.7 km ditentukan pada 19.755 darjah selatan dan 175.041 darjah barat...menggegarkan bangunan sidang kemuncak tersebut," menurut kenyataan USGS.

Ibu kota Tonga, Nuku'alofa yang terletak berhampiran pantai menjadi tuan rumah Forum Kepulauan Pasifik dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres antara yang hadir.

Beberapa perniagaan berhampiran pantai itu turut dipindahkan ke kawasan lebih tinggi walaupun tiada ancaman tsunami.

Gempa bumi adalah perkara biasa di Tonga dan ia terletak di atas Lingkaran Api Pasifik. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM