fb fb fb fb fb

Serangan balas Rusia sasar kemudahan tentera Ukraine

Foto REUTERS

MOSCOW, 26 Mei - Kremlin mengesahkan serangan terhadap sasaran tentera di Ukraine sebagai tindak balas kepada serangan Ukraine ke atas kawasan awam di Rusia.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, tindakan itu perlu bagi menjamin keselamatan negara.

“Kami terpaksa bertindak, dan Presiden Putin melakukan apa yang perlu demi memastikan keselamatan Rusia,” katanya.

Terdahulu, Ukraine mendakwa Rusia melancarkan serang udara terbesar melibatkan peluru berpandu dan dron yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang maut, termasuk tiga kanak-kanak, di wilayah utara Zhytomyr.

Konflik Rusia-Ukraine kini memasuki fasa yang semakin sengit dengan peningkatan serangan udara berskala besar dari kedua-dua pihak meskipun rundingan terus dijalankan. - REUTERS

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN