fb fb fb fb fb

India tahan polis simpanan didakwa perisik Pakistan

Foto AFP

NEW DELHI, 26 Mei - Agensi anti-pengganas India menahan seorang pegawai polis pasukan simpanan kerana disyaki menjadi perisik Pakistan

Agensi Siasatan Kebangsaan (NIA) dalam kenyataan memaklumkan, Moti Ram Jat, ditahan di Delhi kerana didakwa berkongsi maklumat sulit keselamatan negara dengan ejen risikan Pakistan sejak 2023.

“Tertuduh terlibat secara aktif dalam kegiatan perisikan dan telah menyalurkan maklumat rahsia berkaitan keselamatan negara kepada pegawai perisikan Pakistan (PIO),” menurut kenyataan NIA.

Mahkamah khas telah memerintahkan Jat ditahan reman sehingga 6 Jun bagi siasatan lanjut.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 10 individu lain turut ditahan atas tuduhan pengintipan, termasuk seorang penulis blog pelancongan yang ditahan di negeri Haryana.

Penangkapan besar-besaran itu dilaksanakan susulan konflik paling serius antara India-Pakistan sejak tercetus beberapa dekad lalu. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN