fb fb fb fb fb

Indonesia rampas 2 tan syabu, kejayaan terbesar dalam sejarah

Foto AFP

BATAM, 26 Mei - Pihak berkuasa Indonesia merampas dua tan dadah jenis methamphetamine yang disorok dalam bot nelayan di perairan Kepulauan Riau.

Ketua Agensi Narkotik Kebangsaan (BNN), Marthinus Hukom, berkata rampasan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah, dengan nilai sekitar USD308 juta.

Bot berkenaan dikesan belayar dari Laut Andaman ke Pulau Batam sebelum dipintas minggu lalu selepas mendapat maklumat hasil kerjasama pihak berkuasa Thailand.

Dadah tersebut dipercayai berasal dari kawasan Segi Tiga Emas dan diseludup oleh sindiket antarabangsa bersama pengedar tempatan.

Enam anak kapal ditahan terdiri daripada empat warga Indonesia dan dua warga Thailand.

Kesemua mereka mengaku direkrut sindiket dadah dan dijanjikan bayaran serta bonus bagi menjalankan kegiatan tersebut. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN