fb fb fb fb fb

China, Indonesia setuju tingkatkan urus niaga mata wang tempatan

Foto REUTERS

BEIJING, 26 Mei - China dan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membentuk kerangka kerjasama untuk menggalakkan penyelesaian urus niaga dua hala menggunakan mata wang tempatan, menurut kenyataan Bank Rakyat China (PBOC), lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Sambil disaksikan oleh Perdana Menteri China Li Qiang dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Gabenor Bank Rakyat China Pan Gongsheng dan Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo menandatangani Memorandum Persefahaman bagi Penubuhan Kerangka Kerjasama untuk Menggalakkan Urus Niaga Dua Hala dalam Mata Wang Tempatan," menurut kenyataan PBOC pada Ahad.

MoU itu merupakan peluasan dan penambahbaikan kepada perjanjian terdahulu yang dimeterai pada 30 Sept 2020, menurut kenyataan itu lagi.

Perjanjian baharu itu memperluas penggunaan penyelesaian mata wang tempatan merangkumi semua jenis urus niaga termasuk akaun modal dan kewangan, melangkaui sekadar akaun semasa dan pelaburan langsung seperti sebelum ini.- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN