fb fb fb fb fb

Permohonan kewarganegaraan Britain oleh warga AS capai rekod tertinggi

Foto AFP

LONDON, 26 Mei - Permohonan kewarganegaraan Britain oleh warga Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod tertinggi pada suku pertama 2025, menurut data yang diterbitkan oleh Pejabat Dalam Negeri Britain pada Khamis, lapor Xinhua.

Lebih 1,930 warga AS memohon kewarganegaraan Britain dalam tiga bulan pertama 2025, jumlah suku tahunan tertinggi sejak rekod bermula dan meningkat sebanyak 12 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut data itu.

"Orang ramai meninggalkan negara mereka kerana ketakutan, kekecewaan dan keselamatan kewangan. Selain itu, terdapat kebimbangan yang lebih mendalam terhadap keselamatan peribadi," kata Ono Okeregha, pengarah Immigration Advice Service, sebuah firma guaman, kepada Financial Times.

Ketidakstabilan politik di AS, terutamanya ancaman tarif oleh kerajaan AS, dipercayai mendorong lonjakan dalam pertanyaan mengenai kewarganegaraan Britain, dengan minat yang tinggi khususnya daripada golongan profesional AS.- BERNAMA-XINHUA

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN