fb fb fb fb fb

Seoul bangunkan 'belon pintar' hantar mesej ke Korea Utara

Monitor pengesanan GPS belon yang dibina oleh kumpulan aktivis di Seoul/REUTERS

SEOUL, 11 Jun- Satu kumpulan di Seoul menggunakan kepakaran teknologinya untuk membangunkan belon yang mampu menyebarkan risalah dan pembesar suara elektronik ratusan kilometer merentasi sempadan dalam peperangan belon antara Korea Utara dan Korea Selatan. 

Ia dibangunkan menggunakan pencetak 3D dan komponen yang diperoleh dalam talian dan kadangkala dilengkapi dengan penjejakan GPS, apa yang dipanggil 'belon pintar' yang menelan kos sehingga $1,000 setiap satu.

Sekali atau dua kali sebulan dari musim bunga hingga musim luruh, apabila angin bertiup ke utara, kumpulan rahsia menerbangkan belon.

Matlamatnya adalah untuk menyasarkan lebih jauh ke Korea Utara, termasuk di ibu negara Pyongyang. Satu belon telah terbang sehingga ke China.

"Belon pintar kami mahal tetapi kami fikir ia seratus kali lebih hebat daripada belon yang diterbangkan oleh kumpulan lain," kata seorang ahli kumpulan itu yang dipanggil "Jawatankuasa Pembaharuan dan Pembukaan Joson". Joson adalah perkataan lain untuk Korea Utara.

Kumpulan itu, yang mempunyai kira-kira 30 ahli dan kewangannya diperolehi daripada ahli sendiri serta sumbangan. Sebelum ini kumpulan itu tidak memperincikan aktivitinya kepada media.

Taktik belon menjadi tumpuan utama dalam hubungan dingin antara Korea Utara dan Korea Selatan sejak akhir bulan lalu. Korea Utara, dalam beberapa tahun kebelakangan ini negara itu telah menghantar lebih 1,000 belon ke Korea Selatan. Kebanyakannya sarat dengan sampah dan beberapa yang kelihatan seperti najis haiwan.

Tindakan itu telah meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara. Korea Selatan pada Ahad menyambung semula siaran pembesar suara yang ditujukan ke Korea Utara buat kali pertama sejak 2018.

Anggota kumpulan yang enggan dikenali berkata, mereka bimbang berkenaan gangguan yang diwujudkan daripada kedua-dua negara.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI