fb fb fb fb fb

Seorang terbunuh dalam letupan kereta di Syria

Seorang terbunuh dalam letupan kereta di Damsyik pada Sabtu / Foto SANA

DAMSYIK, 25 Mei - Seorang terbunuh dalam letupan kereta di Damsyik pada Sabtu, lapor agensi berita rasmi Syria, SANA.

Insiden keselamatan, termasuk letupan yang menyasarkan kenderaan tentera dan awam, berlaku secara berselang-seli di ibu negara Syria yang dilanda peperangan.

Memetik sumber polis, SANA berkata "seorang terbunuh apabila bahan letupan meletup di dalam kereta di daerah Mazzeh" yang tidak memberikan butiran lanjut mengenai mangsa.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, pemantau perang yang berpangkalan di Britain dengan rangkaian sumber di darat berkata tiga kenderaan turut terbakar di kawasan itu.

Letupan berlaku ketika ketegangan serantau yang semakin memuncak, termasuk perang antara Israel dan Palestin.

Bulan lalu, kejadian yang sama berlaku di kawasan kejiranan mewah di Damsyik namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Israel telah melancarkan beratus-ratus serangan udara di Syria sejak perang saudara meletus pada 2011, menyasarkan pasukan yang disokong Iran termasuk pergerakan Hizbullah Lubnan serta kedudukan tentera Syria.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN