fb fb fb fb fb

Seorang maut dalam kejadian tembakan dekat Kedutaan Israel di Amman

FOTO HIASAN

AMMAN, 24 November- Seorang lelaki ditembak mati dan tiga anggota perkhidmatan keselamatan cedera selepas insiden tembakan berlaku pada awal pagi Ahad di kawasan kejiranan di ibu kota Jordan, Amman dimana terletaknya pejabat Kedutaan Israel.

"Direktorat Keselamatan Awam mengumumkan bahawa pihaknya telah menangani insiden tembakan ke arah pasukan peronda di kawasan Rabieh di ibu kota, Amman, pada awal pagi Ahad," kata agensi berita rasmi Petra.

Menurut laporan, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah peronda dan kemudiannya dikepung oleh pasukan keselamatan itu.

Suspek dikatakan terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan sebelum dia ditembak mati di lokasi kejadian.

Tiga anggota keselamatan awam dilaporkan turut cedera dalam insiden tersebut dan sedang menerima rawatan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE