fb fb fb fb fb

Seorang maut, 11 kru kapal Turkiye hilang di Laut Hitam

Laut Hitam di perairan Turkiye/AFP

ISTANBUL, 20 November- Seramai 11 kru kapal dikhuatiri lemas selepas kapal kargo yang dinaiki mereka karam dalam kejadian ribut kuat di luar pantai Luat Hitam di utara Turkiye, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, mayat seorang kru telah ditemukan, manakala operasi mencari 11 yang lain dihentikan seketika dan akan disambung semula selepas ribut reda.

Kapal 'Kafkametler' milik Turkiye itu karam dengan 12 anak kapal selepas melanggar benteng pemecah ombak sekitar 200 kilometer dari timur sini.

Ia membawa muatan ferosilikon dan dalam perjalanan dari pelabuhan Temryuk, Rusia ke Aliaga di Turkiye. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA