fb fb fb fb fb

Pemandu lori maut akibat ribut Ciaran di Perancis

Pokok tumbang di barat Perancis akibat ribut Ciaran hari ini/AFP

RENNES, 2 November- Seorang pemandu lori maut dalam kejadian angin kencang akibat ribut Ciaran yang melanda utara Perancis.

Mangsa maut selepas dihempap pokok tumbang di kawasan kabin kenderaan berat di Aisne.

Dalam pada itu, kira-kira 1.2 juta kediaman kehilangan bekalan elektrik apabila ribut melanda pantai barat laut.

Selain Perancis, beberapa negara di Eropah seperti Britain, England dan Belanda turut dilanda ribut terbabit dengan kelajuan angin mencapai rekod 200 kilometer sejam (km/j).

Kesan ribut turut dirasai sehingga ke selatan Sepanyol dan Portugal. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA