fb fb fb fb fb

Israel bunuh 195 orang di kem pelarian Jabalia - Hamas

Mayat bayi lelaki (didukung) dan beberapa korban akibat serangan Israel di kem Jabalia di Gaza, baru-baru ini/AFP

GAZA CITY, 2 November- Sekurang-kurangnya 196 orang terbunuh dan 20 lagi masih hilang di kem pelarian di Jabalia apabila tempat perlindungan terbesar di Gaza itu dibom oleh pesawat tentera zionis, minggu ini.

Kumpulan pejuang Hamas memaklumkan mangsa pembunuhan beramai-ramai dalam kejadian pertama dan kedua di Jabalia adalah melebihi 1,000 orang termasuk mereka yang terbunuh serta cedera.

"Kami telah merekodkan 195 meninggal dunia, 120 hilang di bawah runtuhan dan 777 cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan Gaza merekodkan 8,796 orang telah terkorban kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dalam serangan 'berdarah' Israel sejak 7 Oktober lalu. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA