PRAGUE, 2 November- Seorang Ahli Parlimen Czech, Dominik Feri, 27, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Prague atas kesalahan merogol dan cubaan merogol.
Feri didapati bersalah merogol seorang remaja berusia 17 tahun di rumahnya dan seorang lagi wanita pada tahun 2016, setahun sebelum dia menjadi ahli parlimen.
Dia juga cuba merogol seorang bakal pelatih parlimen pada 2018 semasa berkhidmat sebagai ahli parlimen.
Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah dan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Feri menjadi ahli parlimen untuk parti kecil sayap kanan TOP 09 pada 2017, sejurus selepas dia mencecah usia 21 tahun yang merupakan usia paling muda untuk menyertai parlimen di bawah perlembagaan.
Dia kemudian berhenti daripada bidang politik pada Mei 2021 ketika polis mula menyiasat kes rogolnya itu. -AFP