fb fb fb fb fb

'Semuanya cair', penduduk Argentina cari tempat sejukkan badan

FOTO REUTERS

ARGENTINA, 2 Februari - Rakyat Argentina beramai-ramai pergi ke tempat mandi awam di Buenos Aires pada Khamis untuk menyejukkan badan ketika negara itu dilanda gelombang cuaca panas yang agak lama.

Dengan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius (96.8 F), penduduk mencari tempat untuk lari daripada cuaca panas melampau itu.

"Semuanya cair, semuanya cair. Di pusat bandar agak kritikal, ini kita dekat sungai, anda boleh merasa sedikit angin. Di sana, neraka." kata penduduk tempatan, Diego Gatti.

"Penghawa dingin tidak mencukupi. Panas di dalam rumah, dan kami tidak boleh tinggal di sana. Perkara terbaik ialah melarikan diri dan mencari tempat seperti ini untuk bersenang-senang dan bergembira bersama-sama keluarga." kata penduduk tempatan, Sergio Pavon.

Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan Argentina minggu ini mengeluarkan amaran cuaca panas melampau melanda di kebanyakan negara.

Di bandar Buenos Aires dan sekitarnya, suhu maksimum dijangka mencecah 38°C (100.4 F) dalam beberapa hari akan datang. - REUTERS

TETITIA YUSOFF