fb fb fb fb fb

Semua penerbangan American Airlines digantung sementara akibat isu teknikal

FOTO AFP

WASHINGTON, 24 Disember- Syarikat penerbangan terbesar di dunia American Airlines, pada Selasa menggantung semua penerbangan di Amerika Syarikat akibat isu teknikal.

Perkara itu disahkan salah seorang pegawai tertinggi syarikat penerbangan berkenaan ketika kemuncak musim perjalanan percutian Krismas.

"American Airlines melaporkan isu teknikal dan telah meminta pemberhentian operasi penerbangan di seluruh negara," menurut kenyataan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sama turut memaklumkan mereka mengalami isu teknikal dengan semua penerbangan American Airlines.

Namun, tidak lama selepas itu FAA menarik balik pemberhentian operasi penerbangan American Airlines.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE